Saturday, September 4, 2010

MENGAPA MEDIA ITU PENTING?BERIKAN CONTOH PERIBADI ANDA YANG DIPENGARUHI OLEH MEDIA.

Media merupakan satu medium yang penting kerana fungsinya amat memberikan impak yang besar kepada masyarakat.Antara kepentingan media itu ialah

1.memberitahu
Media berperanan sebagai pemberitahu utama dengan memaklumkan maklumat sama ada secara sengaja ataupun tidak iaitu dengan mengeksploitasi sifat khalayak yang cenderung dan mempercayai pa yang ingin disampaikan oleh media.Media akan menayangkan secara bertalu-talu ataupun berterusan untuk menghasilkan pelaziman atau pembiasaan.Oleh itu,masyarakat perlulah bijak untuk menilai sesuatu berita yang ingin diberitahu oleh media kerana setiapnya itu ada baik dan buruknya.

2.mendidik
Media juga berperanan utama dalam mendidik masyarakat terutamanya kanak-kanak.Hal ini demikian kerana mereka ini mudah mengikut apa yang sesuai dan baik pada mereka sedangkan kadangkala rancangan yang ditayangkan memberika kesan negatif kepada mereka
Rancangan yang berbentuk nasihat dan pendidikan seperti HAIWAN TELADAN dan DORA THE EXPLORER amat berkesan jika ditayangkan kerana mampu memberi banyak maklumat dan seterusnya mendidik kanak-kanak menjadi lebih kreatif dan berfikir

3.memujuk
Kepentingan media yang ketiga ini berfungsi terutamanya untuk memperkenalkan sesuatu produk baru yang bertujuan untuk meraih pembeli yang banyak kerana pemujukan sering dilakukan.Sebagai contoh,iklan ubat gigi DARLIE amat memberi kesan kepada penonton kerana mampu memutihkan gigi,dan apabila kita mencuba produk tersebut,kesannya adalah dalam jangka masa panjang dan di sinilah aktiviti pemujukan yang dilakukan media berjaya.

4.menghiburkan
Media merupakan satu medium yang berperanan untuk menghiburkan orang ramai dengan pertandingan nyanyian, seperti MENTOR,MYSTAR LG dan GANGSTARZ.Hiburan amat diperlukan pada masa kini kerana teknologi bertambah maju dan membangun.Dengan adanya hiburan,peranan media yang berperanan sebagai penghibur adalah penting jika dibandingkan dengan alternatif lain.

Kesimpulannya,media sebenarnya sangat mempengaruhi kehidupan seseorang dari segi mental,fizikal,sifat dan perwatakan.

Bagi contoh peribadi saya pula,kehidupan saya(SITI MURNI BINTI OMAR) sangat dipengaruhi oleh cerita kartun iaitu POWER RANGERS.Saya beranggapan bahawa mereka adalah hero untuk menentang musuh dan saya merasakan bahawa saya teringin menjadi POWER RANGERS untuk menyelamatkan manusia.Saya begitu taksub dengan cerita kartun ini sehinggakan sanggup menangis di sebuah kedai di Pekan Baru semata-mata ingin membeli topeng yang berwajahkan POWER RANGERS.Saya amat gembira pada waktu itu,dan waktu itu sukar dapat dikembalikan kerana dengan adanya media dapat mengubah seseorang itu menggunakan kehidupan mereka menjadi baik ataupun sebaliknya.

No comments:

Post a Comment