Saturday, September 4, 2010

MAKSUD BUDAYA DAN MASYARAKAT

~MAKSUD BUDAYA~

*Perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan sanskrit & melayu iaitu'budhi'dan 'daya'.Perkataan 'budhi'yang dipinjam daripada bahasa sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal.Perkataan 'daya'dari melayu polinesia yang bermakna kekuatan kuasa,tenaga,dan pengaruh.Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut,budaya bermaksud tenaga fikiran,usaha rohani/kuasa menggerakkan jiwa.Kamus Dewan(2005)pula mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran,akal budi,dan kelakuan.Tegasnya budaya blh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial,susunan organisasi ekonomi,politik,agama,kepercayaan,adat resam,sikap dan nilai.Disini budaya dapat dibahagikan kepada dua iaitu budaya kebendaan dan budaya budaya bukan kebendaan:
i)budaya kebendaan-kereta,rumah,peralatan keperluan hidup.
ii)budaya bukan kebendaan-kepercayaan,adat istiadat dan undang-undang.

a)Peranan Budaya-membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta
identiti.
-memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan
kerohanian,kemanusiaan,spiritual dan mental.
-memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalm aspek
cara pengendalian hidup.
-budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu
keturunan.
b)Ciri-Ciri Budaya-dipelajari
-dikongsi
-bersifat sejagat
-diwarisi
-berubah-ubah
-mempunyai unsur simbolik
-adanya pandangan semesta

~MAKSUD MASYARAKAT~

*Menurut definisi Kamus Dewan(2005)masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama disesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu,keluarga,dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat.Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut,khususnya melalui hubungan bersemuka.Daripada pergaulan ini,terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong-royong,bersama-sama merayakan sesutu perayaanmelalui rumah terbuka,menghadiri kenduri majlis perkahwinan,mambantu mereka yang ditimpa malapetaka dan sebagainya.Kekerapan pergaulan ini membina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut.Setiap masyarakat pula mempunyai budayanya yang tersendiri yang terbentuk daripada hubungan rapat sesama anggotanya semenjak masyarakat itu wujud.

a)Ciri-Ciri Masyarakat-berkelompok
-berbudaya
-mengalami perubahan
-berinteraksi(dalaman dan dengan pihak luar)
-mempunyai kepimpinan
-mempunyai aturan sosialnya.

~KESIMPULAN~

*Kesimpulanya,para sarjana sains sosial dan kajian kemanusiaan telah menegaskan bahawa kebudayaan tidak wujud jika tidak adanya sesebuah masyarakat.Hal ini demikian kerana berasaskan fakta sejagat bahawa manusia sebagai anggota masyarakat telah bertanggungjawab mencipta,mengubah,menokok dan melestarikan budaya dan telah menurunkannya kepada generasi seterusnya...

No comments:

Post a Comment