Wednesday, October 13, 2010

ETIKA MEDIA

Menurut Merriam Webster Dictionary,etika mengikut defini asas ialah suatu disiplin bagi menangani apa yang baik dan yang buruk dan tanggungjawab moral dan obligasi.
Manakala menurut Thomas Nelson (1966) pula,komunikasi beretika ialah komunikasi yang memberi cukup peluang untuk membuat pilihan tentang yang betul dan yang salah.
Selain itu,menurut Kamus Pelajar Edisi Ke-2 Dewan Bahasa dan Pustaka, etika ditakrifkan sebagai prinsip moral atau nilai-nilai akhlak(adat sopan santun dan sbg) yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia. Menurut Wikipedia, etika merujuk kepada piawai mantap mengenai apa yang betul dan apa yang salah yang menetapkan apa yang patut dilakukan oleh manusia, lazimnya mengenai hak, tanggungjawab, dan faedah kepada masyarakat, keadilan, atau kebaikan yang spesifik.

Jika bercakap tentang etika kewartawanan, ianya sering berhadapan dengan situasi tarik tali antara unsur untuk menghasilkan berita yang komersial dan tangunggjawab sosial. Menghasilkan berita sensasi dapat melariskan akhbar dan majalah. Berhadapan dengan keadaan ini, wartawan harus membuat pertimbangan bijak dan bekerja secara kreatif dalam menyampaikan mesej kepada pembaca. 
Di Malaysia, Institut Akhbar Malaysia ada mewujudkan tatasusila kewartawanan sebagai panduan kepada para wartawan di negara ini. Selain itu, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) juga mempunyai kod etika untuk wartawan.
Mus Chairil Samani (1996), mendefinisikan bahawa kod etika ialah garis panduan sistematik yang menetap dan mengawal tingkah laku yang bersifat unggul bagi anggota sesuatu profesion
Oleh kerana tidak ada badan untuk mengawas kepatuhan kepada Tatasusila Kewartawanan IAM atau Kod Etika NUJ, tidaklah diketahui sama ada wujud kepatuhan atau tidak.Bagaimanapun, ada perkara-perkara yang boleh dianggap sebagai bidangkuasa etika kini menjadi sebahagian daripada undang-undang. Misalnya, fitnah. Jika dilihat daripada beberapa kes berkaitan dengan fitnah, kita dapat satu gambaran bahawa sedangkan undang-undang pun boleh dilanggar oleh wartawan (kebanyakan kes wartawan didapati bersalah), apa pula halnya dengan etika.

Kod etika yang dietengahkan oleh NUJM adalah seperti berikut:

1. Menghormati kebenaran serta hak orang ramai untuk mengetahui kebenaran merupakan tugas setiap wartawan.

2. Di dalam melaksanakan tanggungjawab ini, wartawan akan mempertahankan kedua-dua prinsip ini;-kebebasan memungut dan menerbitkan berita dengan jujur serta hak untuk mengeluarkan ulasan dan kritikan secara adil.

3. Wartawan hanya akan melaporkan fakta-fakta yang diketahui asal-usulnya. Wartawan tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat atau memalsukan sebarang dokumen.

4. Wartawan akan menggunakan kaedah yang adil untuk memperoleh berita, gambar dan dokumen. 

5. Sebarang maklumat yang dilaporkan sekiranya didapati tidak tepat, maka wartawan harus berusaha untuk memperbetulkannya.

6. Wartawan akan menghormati rahsia professional berhubung dengan sumber maklumat.

7. Wartawan akan menganggap perbuatan-perbuatan ini sebagai kesalahan yang paling besar: plagiat, mengumpat, fitnah lisan (slander), fitnah bertulis(libel) dan tuduhan-tuduhan tidak berasas. Penerimaan sogokan dalam apa bentuk sekalipun sebagai saguhati untuk penerbitan atau menyembunyikan maklumat.

8. Wartawan mengiktiraf hak rakan-rakan sekerjanya berhubung dengan soal-soal professional bidang itu; wartawan akan menolak sebarang bentuk campur tangan daripada kerajaan atau pihak-pihak yang lain.

Dalam menyiarkan media,terdapat juga beberapa perkara yang boleh dikatakan sebagai pelanggaran media iaitu antara boleh mengganggu ketenteraman awam, perkara yang menyentuh isu-sensitif berkaitan agama contohnya dan sebagainya.Dibawah ini saya akan menunjukkan bahawa pihak media iaitu akhbar telah melanggar etika media dengan memberikan maklumat palsu dan tidak benar hanya kerana ingin melariskan akhbar mereka.Pelanngaran etika media ini adalah berkenaan cerita Pembunuhan Kejam Sosilawati: Dipukul guna kayu kriket yang disiarkan dalam AKHBAR HARIAN METRO pada 18/09/2010.PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menafikan keempat-empat mangsa disembelih, selain dakwaan suspek utama memelihara anjing pembunuh di ladang persendirian miliknya dan menganggap perkara itu boleh mengganggu kelancaran proses siasatan.

“Dakwaan kononnya mangsa disembelih, suspek sudah bunuh 17 mangsa, mangsa diumpan cek tertunda, sungai dipenuhi tulang (manusia), anjing pembunuh dan beberapa dakwaan lain menggunakan sumber adalah spekulasi semata-mata. Ini langsung tidak menggambarkan kejadian sebenar.

“Yang pasti, soal siasat yang dijalankan ke atas suspek, semua mangsa dibunuh dengan diikat sebelum dipukul dan ditikam hingga mati, kemudian dibakar dan abu mereka dibuang ke sungai. Jangan suka-suka buat andaian hingga mengganggu kelancaran proses siasatan,” katanya.

Selain itu,pada 29 Jun 2010, beberapa akhbar dan tabloid didapati melanggar garis panduan penerbitan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984. Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Datuk Zaitun Ab. Samad menyatakan 43 surat teguran dihantar kepada akhbar harian (2009) manakala 10 surat teguran (2010). Surat teguran kepada tablod ialah 19 teguran (2009) hingga bulan Mei 2010. 6 surat teguran dan 1 surat tunjuk sebab kepada berita parti politik.Seksyen 7 (1), AMCP 1984, menetapkan kandungan berita tidak boleh memudaratkan ketenteraman awam, memudaratkan keselamatan, memudaratkan moral, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kepentingan awam dan memudaratkan kepentingan negara.Pada 28 Jun 2010, surat tunjuk sebab diberikan kepada tabloid Suara Keadilan . Ia dipercayai berhubung berita sensasi kulit depan bertajuk 'Felda Bankrap'. Walau bagaimanapun, kebebasan media di Malaysia tidaklah sebebas negara Barat yang lain. Tetapi lebih baik berbanding dengan negara China, Timur Tengah, negara komunis dan negara bekas komunis. Kebebasan media massa di Malaysia dikawal oleh Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar 1984. 

Setiap wartawan bebas menyata dan menyuarakan pendapat masing-masing dalam penulisan sesuatu laporan, namun setiap pandangan yang dinyatakan perlulah mempunyai batasan dan bukannya pandangan yang boleh menjatuhkan mana-mana pihak. Untuk menjadi seorang pengamal media yang berjaya, setiap wartawan perlulah mempunyai sikap etika dalam diri masing-masing.



No comments:

Post a Comment