Wednesday, October 13, 2010

ETIKA MEDIA

Menurut Merriam Webster Dictionary,etika mengikut defini asas ialah suatu disiplin bagi menangani apa yang baik dan yang buruk dan tanggungjawab moral dan obligasi.
Manakala menurut Thomas Nelson (1966) pula,komunikasi beretika ialah komunikasi yang memberi cukup peluang untuk membuat pilihan tentang yang betul dan yang salah.
Selain itu,menurut Kamus Pelajar Edisi Ke-2 Dewan Bahasa dan Pustaka, etika ditakrifkan sebagai prinsip moral atau nilai-nilai akhlak(adat sopan santun dan sbg) yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia. Menurut Wikipedia, etika merujuk kepada piawai mantap mengenai apa yang betul dan apa yang salah yang menetapkan apa yang patut dilakukan oleh manusia, lazimnya mengenai hak, tanggungjawab, dan faedah kepada masyarakat, keadilan, atau kebaikan yang spesifik.

Jika bercakap tentang etika kewartawanan, ianya sering berhadapan dengan situasi tarik tali antara unsur untuk menghasilkan berita yang komersial dan tangunggjawab sosial. Menghasilkan berita sensasi dapat melariskan akhbar dan majalah. Berhadapan dengan keadaan ini, wartawan harus membuat pertimbangan bijak dan bekerja secara kreatif dalam menyampaikan mesej kepada pembaca. 
Di Malaysia, Institut Akhbar Malaysia ada mewujudkan tatasusila kewartawanan sebagai panduan kepada para wartawan di negara ini. Selain itu, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) juga mempunyai kod etika untuk wartawan.
Mus Chairil Samani (1996), mendefinisikan bahawa kod etika ialah garis panduan sistematik yang menetap dan mengawal tingkah laku yang bersifat unggul bagi anggota sesuatu profesion
Oleh kerana tidak ada badan untuk mengawas kepatuhan kepada Tatasusila Kewartawanan IAM atau Kod Etika NUJ, tidaklah diketahui sama ada wujud kepatuhan atau tidak.Bagaimanapun, ada perkara-perkara yang boleh dianggap sebagai bidangkuasa etika kini menjadi sebahagian daripada undang-undang. Misalnya, fitnah. Jika dilihat daripada beberapa kes berkaitan dengan fitnah, kita dapat satu gambaran bahawa sedangkan undang-undang pun boleh dilanggar oleh wartawan (kebanyakan kes wartawan didapati bersalah), apa pula halnya dengan etika.

Kod etika yang dietengahkan oleh NUJM adalah seperti berikut:

1. Menghormati kebenaran serta hak orang ramai untuk mengetahui kebenaran merupakan tugas setiap wartawan.

2. Di dalam melaksanakan tanggungjawab ini, wartawan akan mempertahankan kedua-dua prinsip ini;-kebebasan memungut dan menerbitkan berita dengan jujur serta hak untuk mengeluarkan ulasan dan kritikan secara adil.

3. Wartawan hanya akan melaporkan fakta-fakta yang diketahui asal-usulnya. Wartawan tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat atau memalsukan sebarang dokumen.

4. Wartawan akan menggunakan kaedah yang adil untuk memperoleh berita, gambar dan dokumen. 

5. Sebarang maklumat yang dilaporkan sekiranya didapati tidak tepat, maka wartawan harus berusaha untuk memperbetulkannya.

6. Wartawan akan menghormati rahsia professional berhubung dengan sumber maklumat.

7. Wartawan akan menganggap perbuatan-perbuatan ini sebagai kesalahan yang paling besar: plagiat, mengumpat, fitnah lisan (slander), fitnah bertulis(libel) dan tuduhan-tuduhan tidak berasas. Penerimaan sogokan dalam apa bentuk sekalipun sebagai saguhati untuk penerbitan atau menyembunyikan maklumat.

8. Wartawan mengiktiraf hak rakan-rakan sekerjanya berhubung dengan soal-soal professional bidang itu; wartawan akan menolak sebarang bentuk campur tangan daripada kerajaan atau pihak-pihak yang lain.

Dalam menyiarkan media,terdapat juga beberapa perkara yang boleh dikatakan sebagai pelanggaran media iaitu antara boleh mengganggu ketenteraman awam, perkara yang menyentuh isu-sensitif berkaitan agama contohnya dan sebagainya.Dibawah ini saya akan menunjukkan bahawa pihak media iaitu akhbar telah melanggar etika media dengan memberikan maklumat palsu dan tidak benar hanya kerana ingin melariskan akhbar mereka.Pelanngaran etika media ini adalah berkenaan cerita Pembunuhan Kejam Sosilawati: Dipukul guna kayu kriket yang disiarkan dalam AKHBAR HARIAN METRO pada 18/09/2010.PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menafikan keempat-empat mangsa disembelih, selain dakwaan suspek utama memelihara anjing pembunuh di ladang persendirian miliknya dan menganggap perkara itu boleh mengganggu kelancaran proses siasatan.

“Dakwaan kononnya mangsa disembelih, suspek sudah bunuh 17 mangsa, mangsa diumpan cek tertunda, sungai dipenuhi tulang (manusia), anjing pembunuh dan beberapa dakwaan lain menggunakan sumber adalah spekulasi semata-mata. Ini langsung tidak menggambarkan kejadian sebenar.

“Yang pasti, soal siasat yang dijalankan ke atas suspek, semua mangsa dibunuh dengan diikat sebelum dipukul dan ditikam hingga mati, kemudian dibakar dan abu mereka dibuang ke sungai. Jangan suka-suka buat andaian hingga mengganggu kelancaran proses siasatan,” katanya.

Selain itu,pada 29 Jun 2010, beberapa akhbar dan tabloid didapati melanggar garis panduan penerbitan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984. Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Datuk Zaitun Ab. Samad menyatakan 43 surat teguran dihantar kepada akhbar harian (2009) manakala 10 surat teguran (2010). Surat teguran kepada tablod ialah 19 teguran (2009) hingga bulan Mei 2010. 6 surat teguran dan 1 surat tunjuk sebab kepada berita parti politik.Seksyen 7 (1), AMCP 1984, menetapkan kandungan berita tidak boleh memudaratkan ketenteraman awam, memudaratkan keselamatan, memudaratkan moral, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kepentingan awam dan memudaratkan kepentingan negara.Pada 28 Jun 2010, surat tunjuk sebab diberikan kepada tabloid Suara Keadilan . Ia dipercayai berhubung berita sensasi kulit depan bertajuk 'Felda Bankrap'. Walau bagaimanapun, kebebasan media di Malaysia tidaklah sebebas negara Barat yang lain. Tetapi lebih baik berbanding dengan negara China, Timur Tengah, negara komunis dan negara bekas komunis. Kebebasan media massa di Malaysia dikawal oleh Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar 1984. 

Setiap wartawan bebas menyata dan menyuarakan pendapat masing-masing dalam penulisan sesuatu laporan, namun setiap pandangan yang dinyatakan perlulah mempunyai batasan dan bukannya pandangan yang boleh menjatuhkan mana-mana pihak. Untuk menjadi seorang pengamal media yang berjaya, setiap wartawan perlulah mempunyai sikap etika dalam diri masing-masing.



Monday, October 11, 2010

MEDIA YANG BERUNSUR KONTROVERSI


APA ITU KONTROVERSI?

Kontroversi adalah merupakan suatu keadaan yang di mana ia mampu mewujudkan rasa minat mahupun rasa ingin tahu tentang sesuatu konflik atau topik perbualan yang hangat.Kebelakangan ini terdapat banyak media-media massa yang mewujudkan kontroversi.Kecenderungan media melakukan ini semua adalah untuk menarik minat para pembaca.Salah satu sifat negatif masyarakat di negara kita ialah mengemari cerita-cerita hangat yang bersifat kontroversi dan sensasi.Disebabkan hal ini para wartawan telah menghasilkan berita yang sensasi yang dapat melariskan akhbar dan majalah mereka.Berikutan dengan permasalahan ini,pihak wartawan haruslah membuat pertimbangan bijak serta berfikir secara kreatif dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.Berita-berita yang bersifat kontroversi boleh disiarkan tetapi mereka perlu memastikan ianya tidak menyentuh unsur-unsur sensitif masyarakat Malaysia.

Antaranya bahan bertulis yang mempunyai unsur kontroversi ialah seperti yang saya perolehi daripada blog mantan Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamed yang berbicara mengenai isu pada zaman beliau menjadi perdana menteri dahulu.Kontroversi berkenaan ialah mengenai kalimah "Allah".Isu ini  tidak boleh dicapai dengan membuat rayuan kepada mahkamah rayuan. Undang-undang tidak mengambilkira soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut-penganut agama yang berlainan. Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja.Sebenarnya kalimah "Allah" tidak terdapat dalam kitab Taurat atau Talmud Hebrew atau kitab Injil Kristian dalam bahasa Latin, Greek atau bahasa-bahasa Eropah. Nama bagi Tuhan dalam bahasa yahudi ialah "Yahweh", yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sebagai "Jehovah". Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama. Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam bahasa-bahasa yang disebut di atas.Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada "Allah" supaya mudah difaham oleh pendengar.Mungkin juga kalimah "Allah" dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan "Tuhan" digunakan untuk God.Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep "Trinity" yang mana terdapat "God the Father, God the Son and the Holy Ghost". Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan "Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci", maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam. Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa.Di Amerika Syarikat, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman biasa berkata dan menulis, "God is dead". Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti denagn "Allah is dead"?Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah "Allah" apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu...

Selain itu,terdapat beberapa video yang telah menimbulkan kontroversi dan akhirnya mendapat tindak balas daripada orang ramai iaitu:



Saturday, October 9, 2010

BAGAIMANAKAH MEDIA DAPAT MENGEMBALIKAN PENGHAYATAN YANG SEWAJARNYA UNTUK PERAYAAN-PERAYAAN DI MALAYSIA?





Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum.kebiasanya, sesuatu perayaan itu disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu.Selain itu,perayaan juga akan disambut berdasarkan agama yang dianuti.

Di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,terdapat pelbagai jenis perayaan untuk disambut pada setiap tahun.Negara Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum majoriti iaitu kaum Melayu,Cina dan India pastinya berpeluang untuk menyambut perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Korban, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya.Di samping itu,masyarakat negara ini mengamalkan amalan berkongsi "perayaan" dan menghormati perayaan kaum lain.

Tambahan pula,melalui perkongsian perayaan, perpaduan dan kesepakatan masyarakat di negara kita sedikit sebanyak dapat diutuhkan.Langkah ini juga menyumbang kepada Malaysia untuk terus membangun dan menuju kearah maju dan makmur.Sememangnya, Malaysia merupakan negara yang unik dengan masyarakatnya yang berbilang kaum dan bangsa.Malaysia bukan setakat sahaja terdiri daripada kaum utama seperti Melayu,Cina dan India,malahan Malaysia juga diduduki oleh kaum-kaum minoriti seperti Kadazan, Iban dan sebagainya.

      Dalam pada itu, media telah memainkan peranan penting untuk mengembalikan penghayatan terhadap perayaan yang terdapat di Malaysia tetapi ianya nampak kurang berkesan. Media-media menggunakan pendekatan yang lama untuk menyampaikan pengahayatan ini. hal ini telah menyebabkan masyarakat menjadi bosan kerana media hanya menggunakan pendekatan yang sama untuk memberi penghayatan tentang media. Media seharusnnya menggunakan pendekatan yang lebih moden supaya masyarakat dapat terkesan terhadap penghayatan hari raya itu. Media haruslah menyampaikan satu mesej yang betul-betul menyedarkan masyarakat tentang pentingnya perayaan di Malaysia ini. Media juga perlu menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran. Selain itu,melalui rancangan-rancangan televisyen yang disiarkan pada setiap musim perayaan dapat mengembalikan penghayatan seperti rancangan Jejak Rasul dan Haiwan Teladan.Lagu-lagu raya yang diputarkan di corong-corong radio juga dapat mengembalikan nostalgia hari raya zaman kanak-kanak bagi golongan dewasa.

Contoh iklan yang berkaitan dengan perayaan: