Saturday, September 4, 2010

MAKSUD BUDAYA DAN MASYARAKAT

~MAKSUD BUDAYA~

*Perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan sanskrit & melayu iaitu'budhi'dan 'daya'.Perkataan 'budhi'yang dipinjam daripada bahasa sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal.Perkataan 'daya'dari melayu polinesia yang bermakna kekuatan kuasa,tenaga,dan pengaruh.Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut,budaya bermaksud tenaga fikiran,usaha rohani/kuasa menggerakkan jiwa.Kamus Dewan(2005)pula mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran,akal budi,dan kelakuan.Tegasnya budaya blh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial,susunan organisasi ekonomi,politik,agama,kepercayaan,adat resam,sikap dan nilai.Disini budaya dapat dibahagikan kepada dua iaitu budaya kebendaan dan budaya budaya bukan kebendaan:
i)budaya kebendaan-kereta,rumah,peralatan keperluan hidup.
ii)budaya bukan kebendaan-kepercayaan,adat istiadat dan undang-undang.

a)Peranan Budaya-membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta
identiti.
-memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan
kerohanian,kemanusiaan,spiritual dan mental.
-memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalm aspek
cara pengendalian hidup.
-budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu
keturunan.
b)Ciri-Ciri Budaya-dipelajari
-dikongsi
-bersifat sejagat
-diwarisi
-berubah-ubah
-mempunyai unsur simbolik
-adanya pandangan semesta

~MAKSUD MASYARAKAT~

*Menurut definisi Kamus Dewan(2005)masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama disesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu,keluarga,dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat.Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut,khususnya melalui hubungan bersemuka.Daripada pergaulan ini,terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong-royong,bersama-sama merayakan sesutu perayaanmelalui rumah terbuka,menghadiri kenduri majlis perkahwinan,mambantu mereka yang ditimpa malapetaka dan sebagainya.Kekerapan pergaulan ini membina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut.Setiap masyarakat pula mempunyai budayanya yang tersendiri yang terbentuk daripada hubungan rapat sesama anggotanya semenjak masyarakat itu wujud.

a)Ciri-Ciri Masyarakat-berkelompok
-berbudaya
-mengalami perubahan
-berinteraksi(dalaman dan dengan pihak luar)
-mempunyai kepimpinan
-mempunyai aturan sosialnya.

~KESIMPULAN~

*Kesimpulanya,para sarjana sains sosial dan kajian kemanusiaan telah menegaskan bahawa kebudayaan tidak wujud jika tidak adanya sesebuah masyarakat.Hal ini demikian kerana berasaskan fakta sejagat bahawa manusia sebagai anggota masyarakat telah bertanggungjawab mencipta,mengubah,menokok dan melestarikan budaya dan telah menurunkannya kepada generasi seterusnya...

MENGAPA MEDIA ITU PENTING?BERIKAN CONTOH PERIBADI ANDA YANG DIPENGARUHI OLEH MEDIA.

Media merupakan satu medium yang penting kerana fungsinya amat memberikan impak yang besar kepada masyarakat.Antara kepentingan media itu ialah

1.memberitahu
Media berperanan sebagai pemberitahu utama dengan memaklumkan maklumat sama ada secara sengaja ataupun tidak iaitu dengan mengeksploitasi sifat khalayak yang cenderung dan mempercayai pa yang ingin disampaikan oleh media.Media akan menayangkan secara bertalu-talu ataupun berterusan untuk menghasilkan pelaziman atau pembiasaan.Oleh itu,masyarakat perlulah bijak untuk menilai sesuatu berita yang ingin diberitahu oleh media kerana setiapnya itu ada baik dan buruknya.

2.mendidik
Media juga berperanan utama dalam mendidik masyarakat terutamanya kanak-kanak.Hal ini demikian kerana mereka ini mudah mengikut apa yang sesuai dan baik pada mereka sedangkan kadangkala rancangan yang ditayangkan memberika kesan negatif kepada mereka
Rancangan yang berbentuk nasihat dan pendidikan seperti HAIWAN TELADAN dan DORA THE EXPLORER amat berkesan jika ditayangkan kerana mampu memberi banyak maklumat dan seterusnya mendidik kanak-kanak menjadi lebih kreatif dan berfikir

3.memujuk
Kepentingan media yang ketiga ini berfungsi terutamanya untuk memperkenalkan sesuatu produk baru yang bertujuan untuk meraih pembeli yang banyak kerana pemujukan sering dilakukan.Sebagai contoh,iklan ubat gigi DARLIE amat memberi kesan kepada penonton kerana mampu memutihkan gigi,dan apabila kita mencuba produk tersebut,kesannya adalah dalam jangka masa panjang dan di sinilah aktiviti pemujukan yang dilakukan media berjaya.

4.menghiburkan
Media merupakan satu medium yang berperanan untuk menghiburkan orang ramai dengan pertandingan nyanyian, seperti MENTOR,MYSTAR LG dan GANGSTARZ.Hiburan amat diperlukan pada masa kini kerana teknologi bertambah maju dan membangun.Dengan adanya hiburan,peranan media yang berperanan sebagai penghibur adalah penting jika dibandingkan dengan alternatif lain.

Kesimpulannya,media sebenarnya sangat mempengaruhi kehidupan seseorang dari segi mental,fizikal,sifat dan perwatakan.

Bagi contoh peribadi saya pula,kehidupan saya(SITI MURNI BINTI OMAR) sangat dipengaruhi oleh cerita kartun iaitu POWER RANGERS.Saya beranggapan bahawa mereka adalah hero untuk menentang musuh dan saya merasakan bahawa saya teringin menjadi POWER RANGERS untuk menyelamatkan manusia.Saya begitu taksub dengan cerita kartun ini sehinggakan sanggup menangis di sebuah kedai di Pekan Baru semata-mata ingin membeli topeng yang berwajahkan POWER RANGERS.Saya amat gembira pada waktu itu,dan waktu itu sukar dapat dikembalikan kerana dengan adanya media dapat mengubah seseorang itu menggunakan kehidupan mereka menjadi baik ataupun sebaliknya.

Friday, September 3, 2010

SIAPA PUNYA APA????

Tajuk ini dipilih untuk menerangkan siapa punya apa dalam media cetak dan media elektronik.Antara contoh media massa dan media elektronik adalah seperti:

DALAM NEGARA:
i ) kumpulan karangkraf

~KK sdn bhd merupakan satu syarikat yang diasaskan oleh Hussamudin bin hj yaacub pada tahun 1978.Majalah pertama yang diterbitkan adalah majalah Mingguan Kanak. penerbitan majalah ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat.Selain itu,terdapat banyak majalah lain yang diterbitkan selepas itu seperti Mingguan Bacaria,Media hiburan,Remaja,dan Nona.Sehigga 2008 kumpulan Karangkraf sdn bhd telah menerbitkan sejumlah 29 jadul bercetak.terkini,akhbar Sinar Harian yang diterbikan sejak 31 Julai 2006 di Kota Bharu,kelantan menjadi salah satu bukti kejayaan kumpulan Karangkraf.Negeri-negeri lain yang mempunyai akhbar Sinar Harian ialah terengganu dan johor.

ii) Media Prima

~Media Prima merupakan sebuah syarikat awam yang ditubuhkan pada 23 September 2003.Ibu pejabat Media Prima yang utama terletak di Bandar Utama, Putrajaya, Selangor.
ia merupakan sebuah industri penyiaran televisyen, radio, penerbitan akhbar, dan pembikinan filem.senarai rangkaian Media prima adalah seperti TV3,8TV,NTV7, Hot fm, Fly fm, News Strait Times, Berita Harian, Harian Metro, Grand Briliance sdn bhd,dan lain-lain. laman web utama Media prima Ialah www.mediaprima.com.my

LUAR NEGARA
i )Cable News Network(CNN)

~merupakan rangkaian televisyen kabal yang diasaskan oleh Ted Turner pada tahun 1980. slogan yang digunakan ialah "The Most Trusted Name in News".CNN dilancarkan pada 1 jun 1980. laman web rasmi CNN ialah www.ccn.com.pemiliknya ialah Turner broadcasting(time warner). CNN beribu pejabat di CNN Centre,Atlanta.CNN merupakan industri penyediaan televisyen kepada pengguna melalui isyarat frekuensi radio yang dipancarkan ke set televisyen melalui gentian optik. bagi kaedah ke udara(gelombang radio) memerlukan antena televisyen.

ii)British Broadcasting Corp.(BBC)

~ BBC merupakan sebuah rangkaian siaran radio dan televisyen yang terletak di United Kingdom. BBC diasaskan oleh John Reith. slogan yang digunakan ialah"this is what we do". tarikh pelancaran radio BBC ialah pada tahun 1922, manakala televisyen pada tahun 1923. laman wen rasmi BBC ialah www.bbc.co.uk.misi BBC adalah untuk memberitahu, mendidik, dan menghibur...